Saturday, February 8, 2014

Kehebatan Vitamin C

Apakah Kebaikan Vitamin C? 

Pengambilan vitamin C adalah amat penting  bagi penjagaan kesihatan. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya disingkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu sesetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.

Secara pemahaman umumnya, vitamin C merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kini banyak dipasaran terdapat makan tambahan yang dijual mengandungi vitamin C. Namun demikian kita perlu berhati-hati dalam memilih membeli ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.




Kehebatan Sustained Release Vitamin C Shaklee

Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 


Shaklee mempunyai 2 jenis vitamin. Jom kita berkenalan dengan Vitamin C keluaran Shaklee.

1) Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
- Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

2) Chewable Vita-C Plus (100mg)
- Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
- Rose Hips Powder - 40.00mg

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah  kandungan kedua-dua vitamin ini sama?
Jawapannya adalah Ya. Berikut adalah kandungan secara ringkas:

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat).

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?
Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Apakah keistimewaan kedua-duanya?

1) Sustained Release Vita-C Plus 500mg

Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!


Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.



2) Chewable Vita-C Plus (100mg)

Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita.

** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

Manfaat Utama

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?

* Perokok
* Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
* Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
* Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
* Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 

Vitamin C Yang Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.

Jadi, sesiapa yang selalu kena selsema, demam dan batuk tu eloklah amalkan ambil Vitamin C setiap hari! :)

Jika berminat untuk beli produk SHAKLEE dengan : 
1) Harga diskaun 
2) COD area Sg. Soi, Kempadang, Tanjung Lumpur, Bandar Kuantan dan sekitarnya.
3) Kurier ke seluruh negara menggunakan Pos Laju

Sila hubungi Ummu Que - 019 927 1048 (Call/ SMS/Wasap)
FB Page



Friday, February 7, 2014

Kenali B-Compex dan Fungsinya

Apa itu B-Complex dan apa peranannya untuk kesihatan?

Vitamin B Kompleks adalah sekelompok vitamin yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel tubuh. Setiap bahagian yang terkandung di dalam vitamin B Kompleks memberikan manfaat penting bagi tubuh untuk tetap berada dalam kondisi yang sehat.
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang larut dalam air dan tidak dapat dihasilkan  oleh tubuh, sehingga perlu  didapatkan dari  makanan yang diambil oleh kita. Ciri khas vitamin  ini juga bahwa  ia  tidak dapat disimpan secara baik di dalam tubuh. Oleh sebab itu, pengambilam  secara rutin sangat dianjurkan supaya tubuh kita tidak kekurangan vitamin B Kompleks.
Berikut ini adalah 8 unsur utama pembentukan  vitamin B Kompleks, dan fungsi yang terkandung dalam   unsur-unsur  tersebut :
1. Vitamin B1 (Thiamine) : berfungsi membantu sel tubuh menghasilkan energi, kesihatan jantung, serta metabolisme karbohidrat.
2. Vitamin B2 (Riboflavin) : berfungsi melindungi tubuh dari penyakit kanser, mencegah migrain, serta katarak.
3. Vitamin B3 (Niacin), bermanfaat untuk melepaskan energi dari zat-zat nutrien, membantu menurunkan kadar kolesterol, mengurangi depresi, dan gangguan pada sendi.
4. Vitamin B5 (Asam Panthothenate) : membantu sistem saraf dan metabolisme, mengurangi alergi, lelah, dan migrain. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.
5. Vitamin B6 (Pyridoxine) : membantu produksi sel darah merah dan meringankan gejala hipertensi (darah tinggi), asma, serta PMS.
6. Vitamin B7 (Biotin) : bermanfaat dalam proses pelepasan energi dari karbohidrat, pembentukan kuku, serta rambut.
7. Vitamin B9 (Asam Folic) : membantu perkembangan janin, rawatan anemia, dan pembentukan hemoglobin.
8. Vitamin B12 (Cobalamine) : membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah.

Setelah kita mengetahui beberapa unsur yang terkandung di dalam vitamin B Kompleks, sekarang mari kita fahami bagaimana manfaat vitamin tersebut kepada  tubuh. Tentu saja, pengambilan  yang disarankan untuk   vitamin B Kompleks ini  berbagai-bagai  menurut jantina, berat badan, dan usia seseorang. Oleh sebab itu, penting sekali merujuk  hal ini dengan doktor atau pakar kesihatan untuk mengetahui sejauh apa Anda memerlukan pengambilan vitamin B Kompleks.
Berdasarkan penelitian, vitamin B Kompleks sangat berguna membantu mengatasi gejala kepenatan dan tekanan.  Pengambilan  vitamin B Kompleks yang cukup dapat membantu mencegah kelambatan pertumbuhan, anemia, gangguan penglihatan, kerosakan saraf, dan gangguan jantung. Bahkan, pengambilan yang cukup akan vitamin B Kompleks ini juga digunakan pada beberapa produk rawatan kulit dan rawatan rambut.
Untuk mendapatkan  vitamin B Kompleks yang cukup, Anda perlu mengambil secara rutin makanan-makanan seperti roti, bijirin, buncis, hati, daging, ikan, telur, dan susu atau dapatkan suplimen B-Complex yang lebih mudah untuk diamalkan.



B-Complex Shaklee 

 Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai.. bukan itu sahaja, vitamin B-complex ni, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk weight gain dan supplemen kesuburan. banyak jugakkan kegunaan vitamin B-Complex ni..hehee..

Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.

Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga

Membantu penghadaman
Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran

menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur

membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata

mengurangkan masalah keletihan mata
mencegah katarak
meningkatkan kualiti penglihatan
perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia

membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut

baik untuk masalah senggugut (PMS),
meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche

dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
mencegah jangkitan lidah (glossitis)
nafas berbau

9. Detoksifikasi

meredakan alahan

Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik

mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?

ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan
—————————————————————————————————————

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
Ummu Que - 019 927 1048 (Call/SMS/ Wasap)
FB Page